Thursday 17 March 2016

Studying Medicine in Indonesia

its my feet and my trolley bag- both so reluctant to go back to life as med student :-(

 Alloooo,

           Belajar medic- sepertinya adalah sesuatu yang 'grand' untuk dijadikan pilihan. Sering kali mulut mak ngah-mak ngah dan mak long- mak long membentuk bentuk huruf 'O' yang sempurna setiap kali menanyakan " Anak kau belajar apa, Tijah/Leman/sila masukkan nama mak pak hang?" kepada ibubapa anda. Dapatla ibubapa kita modal untuk dijadikan update terkini setiap kali bersua muka dengan sedara kaki sibuk kat kampung. Yang kita pun terhongeh-hongeh membawakan watak 'anak dapat belajar perubatan' dengan jayanya.

         Hakikatnya, adakah begitu? Kita semua tau nak dapat belajar medic kat Malaysia adalah teramat susah- betul lah kata orang hanya golongan creme of the creme yang layak dapat offer belajar medic. Tapi deretan A pada keputusan SPM bukan lagi menjadi tiket masuk yang pasti nak dapat belajar medic, but of course mencerahkan peluang anda- there's no denial in that. Kalau jenis rajin selak suratkhabar/baca news online akan tau la kuota belajar medic ni dah pun dikurangkan oleh kerajaan kita yang terrrsayang. :)

          Sebab tu nak habaq option B: Apabila ekonomi anda mengizinkan, carila agent yg memang kerja dia membuka peluang untuk yang nak belajar medic, tapi susah nak dapat kat Malaysia. Seperti saya.

             Agen: MedicProlink
             Universiti: Uni Brawijaya, Malang, Jawa Timur, Indonesia
           
            Aku tau, ada yang berpendapat student swasta medic ni jenis yang ada duit, bayar je dapatla dia belajar perubatan. Ada jugak yang meragukan kualiti dan tahap kecerdasan student begini dibandingkan dengan mereka yang dapat offer belajar kat uni tempatan. Almaklumla, bukan straight A / 4flat pun yang datang sini.

            Kenapa aku tak belajar kat U swasta tempatan je? Sebab 10 keturunan pun tak habis nak bayar yuran perubatan tu nanti. Apa aku sanggup tengok mak,pak, adik-adik aku makan pasir?So, Indonesia was the better option for me back then.
           
             Tapi, untuk dapat masuk Uni kat Indonesia ni bukan senang cerita dia. Ada ujian kemasukan yang mencabar tahap penguasaan anda dalam core subjects; Addmath, Bio, Fizik, Chemistry + Bahasa Indonesia pun ada...haha. And NO, kita bukan cakap pasal silibus Malaysia lagi dah, ujian kemasukan tu soalan dia merangkumi silibus Indonesia- which frankly speaking my dear, adalah susah 4 kali ganda dari kita punya. Sorry to say tapi sebenarnya budak2 Indonesia ni belajar lagi dalam dan lagi banyak dari kita. Kira kita punya silibus ni tahap manja2 gitu.

               From my agent, dikasi buku-buku teks dan latihan berdasarkan silibus Indonesia, and yeah ak menangis dan berhingus belajar dan buat soalan-soalan tu. Ada dekat 1 bulan persiapan aku. Sebab waktu tu, keputusan matrikulasi aku tak menghampiri 4 flat mahupun 3.7 ke atas so what are the odds kan? And my mak and pak da nampak aku down sangat-sangat sebab aku rasa macam masa depan aku ni tak best sebab result matrik aku. SPM aku 9A tapi matrik kinda messed up the whole stuff. Dari sekolah rendah aku memang teingin nak jadi doktor, kiranya impian hancur la time tu. My parents yang mulia and terbaik pun menyelamatkan aku. So for me, its a MUST untuk lulus ujian kemasukan tu.

               So dari sini, kesimpulan yang kita boleh buat: either student medic universiti empatan or swasta tempatan/ luar negara melalui jalan yang MENCABAR. Masing-masing melalui jalan yang susah, fighting with blood, sweat and tears utk belajar medic.

              Jumlah A pada SPM or 4flat tak menjamin anda jadi student medic yang excellent. For me, its more to attitude, minat dan hubungan dengan Tuhan. Hati kena kuaattttt. Minda kena ligat untuk belajar sebanyak-banyak nya. Yang dulu pandai dapat no 1 kat sekolah kalau malas nak keep up dengan medicine- ke jamban jugak akhirnya.

Gitulah...dah 4 tahun aku kat sini. Semoga Allah s.w.t memudahkan segalanya. Semoga aku dapat jadi doktor yang sebetul-betulnya doktor. Semoga segala pengorbanan mak,pak,adik-adik aku berbalas.

18 comments:

  1. Hi, saya nak tanya prosedur bljr medik d indonesia guna medicprolink dan fees tu akak tanggung semua sendiri ka? atau ada biasiswa? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum...so sorry lambat sangat balas. haah, medicprolink and fees tu tanggung sendiri. ni macam satu alternatif lain sebab nak dpat laluan tajaan JPA/MARA memang susah sekarang. tapi boleh je after first year belajar, dapat pointer bagus bole try apply biasiswa. but boleh check jugak yayasan negeri masing2. macam terengganu, johor ada biasiswa rasanya. sorry ye balas lambat gile, sebenarnya blog ni memang x aktif ever since last entry. time cuti ni baru tengok balik saja2. hope it helps walaupun lambat.

      Delete
  2. Hai, saya nak tanya pendapat akak tentang agen medic prolink ni... okay tak dari segi service dia dari mula kita start sampai kita dah sampai sana? saya masih ragu2 sebenarnya sebab tak jumpa apa2 feedback dari students. thanks Allah jumpa blog akak huihui.... saya nak sit exam awal jun ni.... so kalau akak x sibuk, boleh jawan soalan2 sy huhu thank youuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg im so sorry dik. sorry sgt x reply awal. hows your exam dik? blog ni x aktif eversince last entry. sekarang cuti baru tgok balik saja2. medic prolink ni boleh la, diorg accompany kita hari first day sampai indonesia. so parents x ikut pun tapi kita still ada guidance. and aada coaching class, buku2 utk exam. kalau ada apa2 nak tanya lagi, tanya je. again, sorry ye huhu.

      Delete
  3. salam sis boleh tk contact saya dekat id- ainaizati atau no - 0177346594 . sy apply tentang medic indo ni dan saya nk thu tntng lebih lanjut. trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry..so sorry for super late reply. da lama tak bukak blog ni. macam mana sekarang? da dapat info belum?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kalau syllabus indonesia lagi advance, dia ada bagi buku ke untuk kita belajar benda yang kita belum belajar lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there. maap ye for super late reply. Perbezaan syllabus dia memang ada, and yes, dari MedicProlink diorang bagi buku2 indonesia untuk kita belajar and ada preparation class. Tapi sebenarnya semua tu you boleh buat punya sebab kita pun ada basic dari foundation years or matric ke. Ok punya, just kuatkan basic

      Delete
  6. assalamualaikum. akak, is there any way to contact u personally thru dm ig ke twitter. sbb nak tanya pasal fees medicprolinks. hope u notice me :'))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sorry....jarang da bukak blog ni. cmne, da dapat ke jawapan?

      Delete
  7. assalamualaikum kak..bleh tak pm saya kt whatsapp 01119296245..saya nak sambung study kat indon..tapi tak tahu macam mana..please contact me when ever you read this..thanks

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum akak.uni briwajaya tu swasta ke.camne nak apply uni tu?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, akak saya nak apply belajar medic di indonesia tapi x tahu mana nak mula, satu lagi takut sangat tak lepas sebab result sendu tapi saya nak sangat belajar medic, kalau akak berkelapangan boleh ke akak wassap saya 01129297817-adda

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak. Boleh tak WhatsApp saya 0142785432 - Eziha. Saya nak berminat nak study kat indon. If akak tak keberatan nak ajar saya mcm mana nak apply medic.

    ReplyDelete

Really appreciate that you are commenting :)