Salam semua.
Mohon jangan berasa jemu aku kerap sangat update blog ni. Blog baru memang camni la perangai dia. Sikit-sikit tengok traffic hihi. Kebetulan exam aku baru habis and aku ada cuti seminggu sebelum exam seterusnya- baik aku tulis blog ni dari melabur kat bank tahi mata dan air liur basi.
Ok lah, cerita pasal gunung Bromo yang agak famous ni. Banyak juga lah kawan-kawan sering bertanyakan pasal gunung bromo kat aku. macam la Jawa Timur ni takde tempat menarik lain, ye tak? Aku ni da 4 tahun duduk Indonesia dan percayalah Indonesia ni berlambak daya tarikan dia- truly is a beautiful country. Nah, belanja sikit gambar Bromo.
Aku tau gambar yang lebih menarik dan high class boleh didownload dari Google. Gambar kat atas ni pun aku amik dengan handphone Nokia C3 je weh. Time first year (2012) aku datang bumi Indonesia ni. Tapi gambar dari sudut pandangan aku mana sama dengan gambar komersial kan, hahah...
Gunung Bromo ni terletak di Jawa Timur. Memandangkan aku tinggal di Malang, Jawa Timur- so boleh la aku gerak direct dari rumah je tak yah nak transit mana-mana. Aku dan beberapa orang rakan naik jeep yang jemput kat rumah pukul 12 malam gitu la. Aku tak ingatla, yang penting malam gila la. Harapannya nak tengok sunrise di Gunung Bromo.
Sewa jeep ni beserta pemandu dan dibawa ke beberapa tempat lain lagi selain di Gunung Bromo macam bukit teletubbies, savana, air terjun dan penanjakan (what??). Aku ni disebabkan menulis entry ni dari memori 4 tahun lalu-jadinya aku tak ingat la penanjakan tu yang mana. Time aku tulis ni pun dengan penuh keraguan yang mana doe. Hari tu banyak tempat aku redah. Yang penting aku dah pergi la, tak de nye aku nak tipu kome, hahah..(apa pekdahnye pun?)
Meminjam perkataan orang Indonesia iaitu POKOKNYA hang kena pandai cari pakej la yang menawarkan tempat-tempat tu, perkhidmatan yang bagus and harga yang berbaloi. Btw aritu aku pi dia kasi breakfast simple which is roti and cheese. So makan breakfast ramai-ramai kat area orang jual-jual berviewkan gunung which was so nice.
Last aku tanya, harga sekitar 1 juta rupiah. So kalau pergi berenam ke berlima ke bayar murah la per orang.
Ko akan mendaki atas permukaan macam ni. Start dari hujung sana nun..yes yang kecik-kecik color putih tu orang. Haha..jauh weh..semangat kan diri anda |
Aku tau gambar yang lebih menarik dan high class boleh didownload dari Google. Gambar kat atas ni pun aku amik dengan handphone Nokia C3 je weh. Time first year (2012) aku datang bumi Indonesia ni. Tapi gambar dari sudut pandangan aku mana sama dengan gambar komersial kan, hahah...
Gunung Bromo ni terletak di Jawa Timur. Memandangkan aku tinggal di Malang, Jawa Timur- so boleh la aku gerak direct dari rumah je tak yah nak transit mana-mana. Aku dan beberapa orang rakan naik jeep yang jemput kat rumah pukul 12 malam gitu la. Aku tak ingatla, yang penting malam gila la. Harapannya nak tengok sunrise di Gunung Bromo.
Sewa jeep ni beserta pemandu dan dibawa ke beberapa tempat lain lagi selain di Gunung Bromo macam bukit teletubbies, savana, air terjun dan penanjakan (what??). Aku ni disebabkan menulis entry ni dari memori 4 tahun lalu-jadinya aku tak ingat la penanjakan tu yang mana. Time aku tulis ni pun dengan penuh keraguan yang mana doe. Hari tu banyak tempat aku redah. Yang penting aku dah pergi la, tak de nye aku nak tipu kome, hahah..(apa pekdahnye pun?)
Meminjam perkataan orang Indonesia iaitu POKOKNYA hang kena pandai cari pakej la yang menawarkan tempat-tempat tu, perkhidmatan yang bagus and harga yang berbaloi. Btw aritu aku pi dia kasi breakfast simple which is roti and cheese. So makan breakfast ramai-ramai kat area orang jual-jual berviewkan gunung which was so nice.
Last aku tanya, harga sekitar 1 juta rupiah. So kalau pergi berenam ke berlima ke bayar murah la per orang.
Do the math..tapi rate Ringgit-Rupiah tak tetap. Tapi sekitar ni lah. Sila rajin-rajin check rate. |
Bab pakaian, usually pakai baju tebal kat luar. Dalam pakai baju biasa sudahla sebab sebenarnya nanti dah habis pegi gunung bromo dia bawak ko kat tempat lain tak de sejuk mana pun nanti buat berpeluh je. Tambahan lagi, pegi malam buta usually balik petang gitu. Mahu kau berpeluh dan berpanas dalam jeep? Kasihan rakan-rakan se-jeep nanti. Kalau bau diorang lagi hebat, haha takpe... :P
Perjalanan ke bromo tu agak berliku-liku so bagi yang tak tahan sila la bawa ubat yang bersesuaian. Pasal makanan ka air ke dont worry dengan mudahnya boleh didapati. Actually, scarves and gloves pun ada dijual kat situ. Tapi aku tak pakai pun, sebab bagi aku tak de la sejuk mana. Itu aku la, badan aku ni daya ketahanan dia lain sikit dari orang lain. Orang kata sejuk gila, aku termangu-mangu sebab ye ke sejuk?? Member lain ada yang beli ada yang tak.
Setibanya jeep di area parking+tempat berjualan - ko akan berjalan kaki seketika untuk sampai ke area kaki gunung. Untuk pendakian either boleh pakai kudrat sendiri or ada kuda disediakan. Time tu aku pakai tenaga sendiri, barula feel. Bawak je la torchlight buat kemudahan sendiri. Tapi akan ada orang ramai mendaki so berpandukan diorang pun takpe. Jalan dia berpasir gitu, tak rata. So sila la pakai kasut yang sesuai. Disebabkan ada yang naik kuda, maka banyak la tahi bergelimpangan tesebar di kiri kanan jalan anda. Oh ye, kalau hang nak naik kuda usually kalau amik yang kat mula-mula kaki gunung tu biasa dia bagi harga mahal sikit. Kalau boleh, pakai la tenaga sendiri dulu bila dah sampai atas sikit dah tak larat baru amik kuda sebab all the way up tu memang banyak la akan ada orang offer kuda.
Seriously speaking, memang banyak kudrat dan daya ketahanan diperah untuk pendakian ni. Kalau pi dengan member bagila kata semangat kat sape yang ala-ala nak give up tu. Last time aku tak larat doe aku suruh member aku pi dulu lah and aku rest jap sambil berborak dengan sekumpulan photographer mana tah. Bila da kuat sikit aku pun teruskan pendakian. Sebenarnya tak penting pun lah nak nampak sunrise tu. Yang penting dah rasa sampai ke kawah gunung bromo.
Nak sampai ke kawah tu ada tangga batu agak tinggi. Tapi disebabkan orang ramai time aku pergi and ada yang tak larat, ada yang nak muntah la, ada orang nangis, couple bajet titanic 'u jump,i jump' so biasa la ko akan terberhenti seketika and terpaksa mencelah kiri or kanan untuk sampai atas. Da sampai atas bole la tengok kawah and bergambar dengan puasnya.
Jeep. Ni kat bukit teletubbies aku rasa. |
Ni sebenarnya yang second time aku pegi. Kitorang naik atas bumbung jeep. Gila tak thrill??? Nak terjatuh jatuh pun ada. HAHAHAHA |
Sepanjang 4 tahun duduk kat Indonesia ni, adalah dalam dua kali aku pi Bromo. Sesungguhnya, kalau boleh dielakkan aku tak nak pi sana lagi. Too many times kinda makes the thrill wears off. Aku nak kumpul duit pi tempat lain la pulak, In sha Allah.
Apa yang aku belajar dari pergi Bromo ni, semestinya kuasa Allah cipta alam. And muhasabah diri tengok kawah gila tak teringat api neraka. And semasa pendakian, dengan semput sebab oxygen debt bagai, ko akan rasa kerdil dan sedar sesungguhnya kita sangat memerlukan Allah untuk sampai ke atas. Kalau diaplikasikan dalam hidup, kita ni perlukan Dia dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, untuk mencapai puncak, apa yang kita nak dalam hidup ni? Mestinya tak mati sia-sia as orang yang tak berbudi dan tak ingat Tuhan. Also, aku menghargai kebaikan, keramahan para pendaki dari bermacam latar belakang. Ada yang menghulurkan bantuan dan kata semangat kat orang yang dia tak kenal pun. Masing-masing nak sampai atas. Gitu. And jangan lupa bahawa manusia ni jangan sombong. Kita mungkin dicipta as makhluk berakal, tapi jangan pandang hina rakyat haiwan kita, pokok and batu semua. Kesian kudaaa.
Ok tu je. Semoga bermanfaat.
berapa harga nak naik jeep tu? bawak kan i pelissss. nak naik bumbung jeep sekali.
ReplyDelete#yourloyalreader
hahahaha thank u sistah! harga naik jeep tu sekali dah termasuk pakej semua. dalam sejuta rupiah gitu (rm 309 lebih kurang). kalau naik ramai2 boleh bahagi. selalu g dalam 5, 6 orang. bila nak mai area sini? uolls p bandung an
DeleteinsyaAllah early dec. lebih kurang 4 org. mungkin a week jugak kat indon. turun surabaya dulu, nak jumpa u. i dah decide nak jugak hiking kawah ijen. tekad! alang2 dah sampai sana, nak buat semua benda. x cukup a week, extend! haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete