Saturday 26 March 2016

Pukul 2.40 pagi..mari belajar Forensik

Jam menunjukkan pukul 2.24 am. Buku Forensik terbuka luas atas meja, tapi adakah otak si pembaca berada si setiap baris ayat atau di setiap gambar-gambar ngeri mayat? Mata sudah mengalah dari memaksa tuan badan untuk pergi tidur la woy, otak sudah give up dengan manusia degil yang tak tahu menghargai badan dan tahunya esok komplen mata panda, dah discoloration, hyperpigmented, ada wrinkle and etc etc.

Sesungguhnya manusia memang bangsa yang berbuat kerosakan di muka bumi, termasuklah dirinya sendiri.

Hai. Assalamualaikum.

I decided to stay up nak study (kunun) tapi nampaknya keputusan aku untuk study sambil memasang koleksi lagu supaya tak sunyi seperti band punk emo menjerit-jerit MCR meng'harom'kan ilmu dari masuk. Ilmu kan cahaya, mana bole campur dengan benda syaitonirajim nih. Tapi tu la kelemahan aku. Da terbiasa ada halwa telinga.

Aku ngantuk tapi da tahap otak merajuk nak suruh set badan pegi tido. Apa yang korang dapat dari apa yang aku tulis so far? Takde apa kan..haha...padan muka hang..meh lah aku share buat tambah pengetahuan.

VISUM ET REPERTUM- tajuk Forensik yang aku tengah baca ni. Disingkatkan kepada VR.

VR ni adalah surat keterangan bertulis yang ditulis oleh doktor tentang apa yang dilihat (Visa) dan dilaporkan (Reperta) pada bahan bukti (mayat, bahagian mayat, orang hidup, barang bukti, tempat crime scene, kubur ke) dan surat ni harus ditulis berlandaskan pengetahuan dan pengalaman dan yang paling penting sumpah doktor yang telah dilafazkan waktu dia jadi doktor mula-mula. Surat ni diminta oleh polis yang memiliki hak ke atas doktor untuk mintak dia tulis.

So haha, doktor tidak hanya pening nak pikiaq pasal manusia hidup, yang dah meninggalkan dunia ni pun masih tak terlepas dari jadi tanggungjawab.

Basically, doktor akan melakukan pemeriksaan luar, pemeriksaan dalam and pemeriksaan tambahan (laboratorium) ke atas jenazah. Especially bila ada tanda-tanda jenayah di situ, so memang detail la. VR ni memang sangat penting as bahan bukti, dalamnya dah tercatat every findings on body. Ada luka akibat bahan tumpul ke bahan tajam ke, sebab suhu tinggi ke, ada luka mana-mana, perdarahan pada organ viscera and stuff.

VR ni diakhiri dengan sumpah doktor bahawa apa yang tercatat tu dah dibuat dengan sebaiknya menurut ilmu dan pengalaman. Bapak tak berat tanggungjawab.

VR ni tak semestinya pada mayat je as I mentioned above. Ada juga VR untuk orang hidup (especially mangsa jenayah). So you can derive that dunia medis, dunia law ni berkaitan. Takde cabang ilmu yang tak menyentuh antara satu sama lain, unless of course..ilmu hitam. hahaha itu syirik dan dilarang dalam Islam.

Hm..aku tetiba jadi cuak pulak ni. Malas la tidur, aku sambung sampai ke Subuh je la. Haha tah tah aku terbongkang pasni. mana tau.





Monday 21 March 2016

Cerita Kenapa Nak Jadi Doktor & Fatin Liyana

Assalamualaikum semua.
Aku rasa otak aku pun kena El Nino agaknye...dah kenapa aku tak nak sambung buat kerja. Emaigawd. Ya Allah, tolong la aku niii......aku nak graduate ke tak ni weyyy.

Apepun, meh baca. hihi (apa jadi, tadi merengek nak habiskan kerje..manusia penuh kontradiksi)

Aku mula bergelar medical student Universitas Brawijaya pada tahun 2012 setelah berjaya melepasi ujian kemasukan yang bikin peluh-peluh semasa menjawabnya dan juga interview bersama dekan universitas (indonesia menyebut universiti as universitas). Semestinya usaha picisan aku tak ke mana tanpa kuasa Allah dan berkat doa my mak and pak and my siblings. Alhamdulillah.

Antara soalan feberet dan feymes ditanya mesti "Apakah sebab anda nak belajar perubatan?'
Aku nak sangat jawab, perlukah setiap keputusan beralasan? Macam mana kalau aku memang nak- i just knew that i want it. Bukan sebab duit (nak masyuk baik bukak bisnes ye dak), bukan juga sebab alasan cliche 'saya nak tolong orang'. Nak tolong orang? Pastu kenapa tak jadi cikgu? Cikgu ialah profession yang paling banyak tolong orang. Dan, bukan juga sebab aku suka perubatan. Macam mana aku boleh suka sedangkan aku belum masuk ke dunia tu, belum tau lagi gambaran sebenarnya macam mana.
Nampak tak?
Jadi apakah sebabnya? How about : It feels like its my calling. I am not sure yet, but that is why I am here- to find out.

Haha.

Tapi aku pada masa itu sangat bergantung harap aku diterima jadi aku pun melemah dan turut menyertai kumpulan orang yang menjawab dengan jawapan cliche. I made something up- something that is expected and not me.

Aku hanya tahu aku mahu jadi doktor tanpa alasan sezahir dan senyata tiang batu di atas lantai simen. Dari kecik aku cakap cita-cita nak jadi doktor, tapi budak kecik memang tu je la. Tak -doktor, cikgu la, peguam la. Tak kreatif.
Tapi masih aku ingat semasa tingkatan 3, aku berjuang dan berhempas pulas nak 9A PMR supaya aku diterima masuk ke aliran sains, supaya at least peluang aku nak jadi doktor tak tertutup. Ye la, takkan masuk aliran akaun pastu still memasang impian jadi doktor? Tak kena langsung.
Maksudnya, all my life i always consider being a doctor as something i might want to pursue.
My parents ialah orang yang menyediakan jalan untuk impian lama ini dapat bertatih kembali. Re-vamp.

Semasa di Kolej Matrikulasi Gopeng- aku mula catch up dengan para bloggers yang cukup in la time tu. Aku tak tau pun blog dah jadi benda yang in sebab dulu suam-suam kuku je. Aku mula buat blog masa tahun 6 sebab nak isi kekosongan habis UPSR. Needless to say, Fatin Liyana memang terusla caught my attention. Masa tu aku dok hadam blog honeykoyuki dengan peliks by Maria Elena. Sekali sekala aku baca Yuyu Zulaikha tapi tak sangat sebab time tu aku tak berapa boleh relate dengan life Yuyu. Berbeza dengan Fatin Liyana yang kebetulan belajar di matrik jugak, and ambil medic di Uni Padjajaran, Bandung. Bagi aku, dia macam sumber inspirasi time tu. Cantik and studious- life dia macam so intersting and so full of options and colors. Nampak promising.

Blog Maria Elena aku suka sebab dia tulis mostly in English. Aku pula memang suka sangat la bahasa omputih ni- i can so relate.

Bila result matrik keluar, aku punya pointer tak berapa promising. Sebab Fizik aku dajajajaja kan aku haha. Aku ni memang kureng la Fizik. Time tu aku macam si mabuk yang amik coccaine pastu ada anger issue dan dah putus harapan dengan hidup and Tuhan. Aku nak jadi ape weyy dengan pointer camtu? Still 3 point something tapi jadah gak la. And my mak and pak datang to my matrik one day tanya if i want to study medic kat indon.

Aku tak terfikir langsung pasal cita-cita lama aku yang dah terkubur dan tejamban bersama result matrik aku yang jamban gak tu. Aku masa tu fikir its the end lah untuk aku. Aku fikir nak sambung amik English lah sebab english selamanya jantung hati aku.

So yeah, reaksi pertama aku ialah protes. Cam bodo, patutnya kecik tapak tangan nyiru ditadahkan. Tapi aku fikir aku ni tak berbaloi untuk mak pak aku susahkan diri diorang nak berkorban hantar aku pi indon pulak dah. I dont deserve that privilege. Kesian duit diorang. Aku tak kisah langsung pasal jauh time tu meskipun sepanjang aku belajar aku tak pernah keluar Perak.Yang aku fikir, cukuplah menyusahkan parents. And aku tak layak.
Tapi diorang pujuk aku and yeah, aku ada sebab baru untuk teruskan belajar. Semester 2 Matrik aku bertambah baik sebab aku lebih positif now that I knew I have another option. Ada gak la aku berperang dalaman nak amik english la bla bla la sampai jumpa Miss Azua my favorite English lecturer tanya opinion dia. Akhirnya aku dengar suara hati aku. Mungkin ini lah yang terbaik.
Lagipun so far, bila aku tak dengar cakap mak aku and apak aku, nescaya celaka hidup aku.

Masa tu aku ada fikir how odd life works. Kehidupan medical student di Indonesia yang Fatin Liyana tulis tu sekarang menjadi kehidupan aku. Ye la, ada la tak samanya..dia MARA scholar tapi thats it lah. Sekarang, I totally can relate to her. Aku makin kerap hadam blog dia and cari semangat untuk hidup aku sendiri pula. Aku belajar pasal OSCE dari blog dia. Sebenarnya motivasi kuat aku suka pakai shawl and tudung syria pun memang dia la. Beriya benar dari matrik lagi, pegi kelas dari comot comot pakai tudung bawal, aku minta roommate aku ajar aku pakai shawl.

Looking back, what a long way I have come from. True, aku masih jauh perjalanan tapi aku bersyukur dan bangga aku masih melangkah sampai ke titik sekarang sebab kalau nak diingatkan aku dulu yang mentah dan cepat putus semangat- jauh bezanya. Mati. Aku hampir mati masa down kat matrik- sebab tu aku akan selalu ingat cerita ni, cerita impian aku masa kecik, cerita matrik, cerita parents aku selamatkan aku dengan izin Allah tentunya, and how Fatin Liyana fits in dengan my life sepanjang period waktu tu.

Aku masih suka baca blog dia sampai sekarang. Well, adalah aku pernah tak update sekejap sebab time tu aku macam tak leh relate pulak kehidupan kahwin dan etc. Haha funny thing is, rupanya dia tu kawan matrik senior aku kak Qish. Ko bayangkan tahap fangirl aku time tu. Ada sekali tu kak Qish tag dia kat fb aku (aku cerita pasal tudung FL pakai) and dia jawab. Haha happy jugak time tu.

Aku tak de la harap aku dapat jadi macam FL sebab tak mungkin aku dapat jadi macam tu. Aku tak de kecantikan dan personaliti dia. Tapi cukup la aku dapat habiskan belajar dan  jadi doktor macam FL jugak.

Bagi aku, ini la chapter favorite hidup aku. Kisah macam mana aku hidup kembali. :')



Masa aku dapat tau aku dapat masuk medical school, benda pertama aku beli ialah buku harga ratusan ringgit ni guna duit dari bank aku. Sebab tu aku sayang la buku ni and kedekut sikit kalau orang pinjam bawak masuk bilik sendiri. 




Putih@Tomcat ni dah meninggal. Tapi Putih lah kucing yang temankan aku belajar siang malam untuk ujian kemasukan tu. Aku pergi dia kecik lagi, aku balik lagi dia dah besar, aku balik kali kedua dia dah takde. :'(  Kucing rumah aku dah ada ganti pun tapi selamanya aku ingat Putih.




Depan lecture hall matrik, dengan roomate yang ajar aku pakai shawl merangkap kawan baik. Masa ni hari terakhir matrik. Aku lebih positif time ni sebab ada harapan kan..
haha excuse spec putih cam apa la, nampak an beriya lilit shawl. 




And finally, this girl got in! Depan Uni Brawijaya masa first year. 





Adapting with new life kat Indonesia. Aku takkan cakap hidup aku bertambah baik kat sini, NO. Tapi aku berhala tuju, and pada Tuhan I owe it all.





Haha zaman-zaman tudung Syria. Terpengaruh Fatin Liyana. 




The only decent recent picture of me. Semoga perjalanan hidup aku dapat pertolongan Tuhan sebab aku tau pasti aku akan berjumpa ujian berjenis-jenis. I just hope in the end it all works out and i can give many happy returns to my family. 




OK, Mari Sambung Siapkan Kerja. 

Review Pulau Karimunjawa, Jepara, Jawa Tengah

Alloo..salam gais.

Sepatutnya aku pi siapkan correction thesis aku sekarang memandangkan esok pukul 1 aku dah bertemu janji dengan doktor. Tapi jenuh la nak menghadap thesis ni or dipanggil 'Tugasan Akhir' (TA) kat universiti ni. Proses thesis/TA ni meliputi:
usulan tajuk-bagi nama pilihan doktor as your pembimbing-tunggu lulus tak tajuk and doktor pilihan-buat proposal-sidang (present) proposal- dapat second doktor- eksperimen/research time- siapkan bab seterusnya which are hasil research and pembahasan-sidang hasil TA- correction/ dipanggil 'revisi'-dapat tandatangan sekian doktor-doktor- silakan publish TA anda. As you can see aku berada di tahap 'revisi'. Tak sabar aku nak bebas dari cengkaman melemaskan TA ni.
Perenggan atas ni langsung tak berkaitan dengan tajuk..

Bulan September (kot) tahun 2015 itu hari aku ada pi ke Pulau Karimun Jawa- which could be my most far distance vacation kat Indonesia ni. Eh tak kot. Time second year (2013) aku ada pi Bali. So yeah, ni second jauh lah. Banyak orang sebut pasal pulau ni and list it as a must-visit place. Time aku dengar tu aku teringin lah- and tak sangka Allah bagi rezeki aku pi.






Tapi, maybe aku tak boleh elaborate pasal planning sangat sebab bukan aku plan. Aku tak terlibat pun dalam proses planning sebab pergi as pengisi kuota. Itu pun last minute. Aku bayar je duit. Lagipun, kali ni aku pergi dengan orang-orang Indonesia yang aku tak pernah kenal pun selama ni. Kira masa tu first time lah jumpa. Diorang tu merupakan member kepada coursemate aku. Time tu aku just fikir pergi je lah, sebab baru dapat duit raya and bila lagi nak pergi? Kena time cuti Aidiladha pulak tu. Sepanjang aku vacation kat Indonesia ni, aku memang tak mintak duit tambahan kat parents. Aku totally pakai duit poket yang ada or duit raya gitu or duit simpanan sendiri. Sebab, i dont feel that i deserved enough to ask for money untuk benda pleasure camtu.

Ada dua main ways nak sampai ke Pulau Karimun Jawa. First, untuk yang nakkan keselesaan and kecepatan boleh la amik flight gi Dewandaru Airport dari Semarang. Memandangkan aku tak guna cara ni i cant help u much there. Tapi aku pasti kat google ada cara dia. Kitorang naik kereta ke Jepara. From Jepara amik ferry gi Karimun Jawa. Masa kitorang pergi ni pakai agent, so tiket dia uruskan. Aku rasa kena beli awal lah tiket.

One thing, tiket ferry mengikut class. Aku nyer tiket biasa. Aku nak cerita yang orang yang beli tiket class highest dapat duduk dengan bestnye. Yang tiket biasa cam aku ni disebabkan berasak-asak orang gila punya ramai last-last kitorang tak dapat duduk. Terpaksa duduk kat tangga. In a ferry. Yang bergoyang-goyang sebab ombak. Gila punya tahap pening dengan bontot sakit duduk berjam-jam atas permukaan keras. Tak masuk lagi bau muntah orang lain yang menyebabkan tekak kita pun loya dan naik bulu gak. Sapa yang tak tahan tolong la makan ubat yang sesuai. Plastik memang disediakan untuk menampung muntah anda. Bagi aku dalam ferry tak dapat duduk tu seksa. Ko nak tidur tapi nak sandar pun tak dapat. :(  Cerita dia, ko masuk awal la ferry tu. Jangan la bengang-bengang pasal tak dapat duduk. Memang camtu.

Oh ye, ko tak yah la bawak beg berat sangat kalau dah naik ferry tu. Beg semua akan dikumpulkan di satu tempat. Buat susah je kalau beg besar tu. Nak cari satu hal, nak angkut satu hal. Yang tiket upper class tu beg diorang memang dekat dengan seat diorang.

Bila dah sampai, kitorang memang terpana lah dengan kecantikan air pulau tu. SubhanAllah. Memang sangat-sangat jernih and air dia warna hijau-hijau biru gitu. Snap la gambo sebab aku aritu tak snap. Poning kepala.

Bukan nak fokus kat aku, tu ha warna laut dia sangat cantik okayh. 
                       

Kan aku ada bagitau bab planning ni tak dapat la aku elaborate dengan jelas sebab aku tak terlibat langsung. So aku just boleh cerita yang bila dah sampai kat pelabuhan, agent datang amik bawak g hotel. Bukan hotel mahal eh. Ni totally backpackers punya. Takde aircond bagai, Takde wifi, elektrik pulak ada waktu tertentu. Tapi makanan disediakan lah. Nasi and lauk. Sedap la makanan karimun jawa, ye la pulau yang masih utuh nilai semulajadi dia and tak dikomersialkan sehebat Bali. Sebab tu best Karimun ni. Lauk makanan laut dia superb. 5 out 5 stars. Dah datang tempat orang takkan nak cerewet pula. Cuma haha, hotel yang aku duduk tu bab bilik air kureng lah and tempat charge phone. So korang bawak la powerbank. Kuasa elektrik tak reliable sini.

Kita ke mana-mana kat Karimun ni jalan kaki je sebab amatla dekat. Aku bagi heads up- main activities memang snorkelling lah. Tangkap gambar underwater. Bagi yang tak reti berenang, jangan takut sebab ada lifejackets and untuk tangkap gambar memang ada special guides tolong nanti. Cuma haha cara dia lah. Dia akan kira 1,2,3 benamkan kan ko ke bawah and u try as hard as u can untuk posing yang cambest pastu dia bawak ko naik balik. Kiranya ada photographer and coordinator. Aku punya skill berenang memang minimal la haha. Takat swimming pool je itupun cam harom. Tapi kita kena keluar dari comfort zone, and janganla berkata tidak kat peluang mencuba sesuatu yang baru.


Amik gambar muka cam beruk mat yeh. As you all can see, nak g snorkellung semua barang kelengkapan dia dah kasi. Aku rabun tahap hampir buta, maka aku pakai contact lens supaya tidak awkward memakai goggles dan boleh pakai shades haha.


Contoh gambar yang jangan diambil gaya ini. Hampir semua gambar underwater aku malas nak tengok, aku posing cam robot.  Nak pegang batu karang tu tapi huhu aku kelemasan bro.

Contoh cara posing gambar yang bagus. Cmni der. 


Agaknye aku memang ber genetik kan robot air ke macam mana?? 

Kanak-kanak ribena suka dapat masuk jaring. 
Posing dalam boat before nak terjun dalam ayo. Yang tak pandai berenang jangan buat gila tak pakai lifejacket.


Sekali sekala posing poyo. Tapi time matahari naik memang panas gak la. 


Aku ni bukan la hyper panjat pokok sangat. Ni merupakan pokok ketiga aku pernah panjat sepanjang umur aku. Walopun nampak pendek tapi pokok ni penuh selumbar you know. Bangga jap haha. 

 Kita pi sana 3 hari 2 malam. Both first day and second day memang akan snorkelling sampai kadang-kadang haha aku cm uh..naik jemu plak. Ada posing dengan batu karang la, posing apa tah lagi. Tapi manfaatkan waktu snorkelling tengok laut Karimun yang memang cantik. Serious first time aku dapat up-close batu karang yang cantik and colorful, kadang-kadang nampak ikan kecik-kecik. Semua tu terletak dalam and bawah laut, tanpa lifejacket memang tak de la aku nak dapat tengok.

Tapi hari second, dia bawak g satu tempat ni boleh main-main and tangkap gambar dengan baby sharks, tapak sulaiman, ikan buntal la, penyu la. Yang tu aku suka sebab vavavoom and lain dari yang lain. At least bukan snorkelling hahahaha. Kat situ pun ada banyak game air macam banana boat bagai. Aku tak main la sebab takde beza dengan yang kat Bali dulu and lagipun dia amik harga mahal pulak. Aku ni percutian student ja. Btw, dah bergambar dengan hidupan laut tu, hulur-hulur la duit 5 ribu rupiah ke kat bapak yang jaga tu. Diorang cari nafkah gitu.
Aku tak letak gambar hidupan laut tu sebab malas nak download dari fb. And aku tak save pulak yang tu kat laptop.

Ada jugak dia bawak g pantai. Kat situ tour guide masak makanan khas Karimun. Istimewa dia is sambal dia. Memang kaw gila. Makan dengan nasi and ikan and keropok. Dia siap tak nak kasi resepi sambal tu sebab taknak orang luar Karimun tau and sebarkan.

Sebenarnya ada banyak gambar lagi tapi bagi aku tak berapa sesuai la nak di publish kat public. Kadang-kadang kita tersnap gambar aurat orang lain- nak nak gambar kat pantai. Aku pernah baca, lebih baik tak yah share gambar camtu.

Cerita night life kat Karimun. Hm, tak ada apa sangat bila malam not to mention gelap nya. Tapi ada macam pasar malam Karimun yang korang boleh beli cenderamata cam tshirts, keychains and stuff. Nasihat aku hang jalan la dulu sampai hujung tak jauh mana pun, sebab kahkah hampir semua orang jual benda yang sama. Jangan gopoh and tawar la kalau boleh. Pandai-pandai la ko lenggokkan bahasa ko jadi seperti bahasa Indonesia.

Lupa pulak aku nak kabo. Bawak la passport and salinan dokumen pengenalan yang penting. Kadang-kadang ada orang check before naik ferry. Jaga barang berharga jangan sampai kena copet. Alsom ramah la tanya orang kat situ mana nak sewa motor ke kalau tak nak jalan.

Hari last, kita balik naik ferry ke Jepara (huh kali ni aku still dapat duduk tangga tapi at least not tangga tepi toilet). Pastu balik naik bas ke Malang, Jawa Timur sebab aku memang belajar kat situ. Pasal harga vacation ke Karimun hm, aku tak boleh nak elaborate lebih sebab satu, aku tumpang kereta orang. Tiket ferry, penginapan kat hotel bajet semua da termasuk pakej. Aku agak-agak aku keluarkan dalam 700 ribu rupiah gitu lah. Tapi tak sama lah sebab aku memang duduk kat Indonesia. Aku balik naik bas je.

Kalau selipar putus ke apa ke, tak yah takut sebab situ memang ada kedai runcit. Tapi maybe ko boleh bawak air minum siap-siap, gula-gula ke, ubat tak nak pening satu hal jugak.

Satu benda aku nak share je lah. Jangan kata aku bajet baik pulak. Situ kan pantai and laut, so boleh dapat gambaran lah suasana and pemandangan yang akan ko dapati. Lebih kurang Bali, akan ada orang berpakaian hm..janganla kita terikut jugak, tak de nye baju lengan panjang or seluar lengan panjang membatasi aktiviti korang nanti. Lagi best sebab tak hitam ada lah. Stay protected, guys!







Sunday 20 March 2016

OCD- Jangan Di'Hipster'kan

Salam.

Lately, banyak orang suka declare diri as having OCD. Mungkin ye, mungkin tak. Somehow, I felt like people did that on purpose because its suddenly 'cool and hipster' if you have OCD. I think it did injustice to people yang memang ada OCD. Suddenly kalau betul-betul kau ada OCD, people dont take it seriously, sebab hampir 'semua' orang ada OCD. "Biasa la tu." You people are turning OCD into a teenager's lingo or something. :(

Let me walk you through what OCD is.

OCD or Obsessive Compulsive Disorder isnt a disease but like its name, its rather a 'disorder'. What is the difference between a disorder and a disease?

Disease: a definite pathological process having a characteristic set of signs and symptoms.  It may affect the whole body or any of its parts, and its etiology, pathology, and prognosis may be known or unknown
Disorder: a derangement or abnormality of function; a morbid physical or mental state

Maka, panggil lah OCD as gangguan bukan penyakit. Pada suatu penyakit perjalanan timbul nya jelas, beserta gejala yang zahir. Bagaimanapun, konsep 'disease' and 'disorder' ni digunakan secara interchangeably dalam dunia perubatan. Dua dua pun berkongsi matlamat yang sama: to prevent, to control the impact on life quality, to find the cure. 

Aku mula-mula ada OCD waktu umur 5 atau 6 tahun. I still remember I started to have fear, and anxious about my family getting harmed or dead or fingers cut off and then having this unexplainable need to touch things 7 times. Aku mesti tutup lampu 7 kali, or else aku rasa nanti something bad will happen dekat everyone. If aku lupa, aku akan start over. Semua tu aku buat dengan penuh cautious, anxious and tak faham kenapa, i just have to do it. Masa tu aku tau ini pelik, come on lah, Stop it- by it just keep on dissolving in myself. Aku ingat asyik kena 'sayang' bear and segala mainan aku sama rata, sama kali (selalunya 7 kenapa tah la 7) kalau tak aku rasa nyawa semua orang dalam bahaya. Sometimes aku tau itu tak logik dan pelik, tapi aku takut nak share my weird thoughts and plus that time aku rasa its something i have to do. Ada masa, aku habiskan waktu fikir pasal kematian and other bad stuff and then lari turun tangga to check my families are still alive. Masa adik aku ke asrama, aku pesan buat apa-apa hati-hati jangan sampai jari putus. Bila dia balik rumah, i remembered rasa lega and comforted sebab first thing i checked- he still  have his fingers. Bodo. 

Aku dan perasaan ingin menyentuh memang solid hubungannya. Aku selalu catch myself touching and wanting to touch things. Masa kecik, aku suka kumpul kotak. All sizes of kotak- aku akan bersih and rapikan pastu aku susun dalam plastik. Orang ingat ah- budak kecik, suka main sampah. Tapi sebenarnya aku cukup suka- kotak sangat perfect, segi dia, line dia- everything is so arranged and symmetrical, and perfect. Kotak sangat PERFECT. It gives me this weird satisfaction menyentuh kotak- permukaan dan sisi dia. Antara salah satu sebab aku suka buku. Buku is like kotak. I love touching and tapping my fingers on books. 

Forbidden thoughts- ini umpama bukak pekung di dada., aku taknak elaborate banyak-banyak. Aku paling stress dan malu dengan benda ni. Jijik dengan diri sendiri. But I cant help it. It just forms in my head- everyday, every few minutes. Ramai orang tegur aku selalu termenung- im not termenung, ada something sinister, disgusting, repulsive yang masuk otak aku. Stress dan malu that I can think of such heinous thing. Selalu aku akan fikir pasal benda lain to stop it. 

Aku dan social life- is something I stressed about. Aku sangat takut orang find out pasal benda-benda yang memalukan dan make me feel worthless. I wish I  am NOT like this at all. I am scared they will look through me and see these bad things. Sebab tu, aku tak suka terlalu rapat- baik rapat as kawan rapat or body contacts yang rapat. I am uncomfortable dengan people's body. Contamination. Aku benci public toilet. Macam mana kalau aku terjangkit germs yang ada? Shaking hands.. Tapi semakin dewasa, bab yang ni agak berkurang. Sebaliknya fikiran aku yang semakin teruk. 

Antara comorbid OCD adalah body dysmorphic disorder (BDD), mood and anxiety and ADHD. Now, I'm not sure whether my inability to stay put reading or listening or sitting in class for too long makes me an ADHD sufferer. I guess to confirm that, I need to see a qualified physician. As for mood and anxiety, I always carry it around with me all my life. It lives in me. Body dysmorphic disorder- this i started developing when i was a teenager. I hate me. But I get supports from my family, so sometimes I am OK- and i think it gradually lessen. Although this too, kena dapatkan opinion from a certified physician. 

Orang selalu fikir OCD is doing something pembersih do. Like basuh pinggan and stuff. Its a lot diverse than that. It comes in pair- obsessing and compulsing. Aku tak tau la nak cakap macam mana- benda ni buat aku stress and cemas. Aku malu, benci, rasa nak marah- i have insecurities too ugly im scared orang akan find out. 

OCD ni boleh berubah-ubah seiring perjalanan waktu. Aku dah tak menyentuh 7 kali sebab aku dah kurang fikir pasal bad stuff happening to my family. Instead aku salurkan ke doa banyak kali. And checking they are OK through phone. Tapi aku masih kumpul kotak sampai sekarang. It becomes more of a habit daripada obsessing. Aku masih takutkan germs, virus, bacteria- haritu aku ke klinik khas untuk HIV patients- my nightmare- habis sentuh satu fail aku basuh tangan. Sampai kering. Buat kerja dengan panik dan cemas. Stress- sebab takut, sebab benci, sebab malu aku kan nak jadi doktor, apa ni?? 

Cuma aku kesal dengan fikiran-fikiran aku sampai sekarang masih mengganggu aku. Yang dalam otak susah aku nak kawal. Tapi banyak benda dah tak seteruk time aku kecik dan remaja dulu. BDD dah hadiahkan aku gastrik. Tapi bila aku dikelilingi orang yang sayang aku- aku kurang fikir pasal badan and diri aku- mungkin sebab penerimaan diorang buat aku lebih hargai diri sendiri. 

Tu je. Aku cuma nak tegak kan my symptoms maybe tak seteruk yang severe OCD, tapi i think i speak for people with mild, moderate and severe OCD out there jangan 'hipster' kan OCD. Selalu aku tengok orang cakap; 'Eh jangan letak baju ko kat situ, aku ada OCD sikit' cakap je la ko tak suka sepah. Atau bila orang bercerita, you disregard it and take it lightly as 'ah sama la tu. aku pun kadang-kadang OCD sikit'. Apa tu OCD sikit? 








      

Cara Masak Spaghetti Anak Dara Style

Salam semua,

First, yakni aku bukan la seorang pakar memasak atau foodie tegar tapi im just someone yang minat masak. Kehidupan di luar negara memaksa aku untuk upgrade skill memasak aku dari tahu masak air, nasi dan telur cendawan (signature aku time mula-mula masak umur lepasan SPM dulu kui kui) kepada memasak lauk pauk dan apa saja la untuk santapan keluarga especially untuk makan tengahari la.

Percaya la dulu aku ni loser memasak. Datang je hari raya, mula la aku palpitation, panic attack, moody macam baru kena gantung sekolah (hee..macam ada pengalaman) sebab da macam expectation bahawa segenap kaum pompuan kena masuk dapur tolong tungtang and potpet. Bagi aku tu masa jahanom sangat.

Ada je aku masuk dapur. Tapi suasana para perempuan bergosip lagi berpoyo ni aku tak berapaa masuk lah. Hek eleh...poyo je lebih..mak aku ada jugak kat dapur tu, dia rilek je masak. Masakan mak aku jugak yang licin hari raya tu,..i love you mak! (Moral: jangan poyo/eksyen/mengumpat kat dapur, dengan sedara sendiri hang jangan jahat). Lagi poyo, lagi tak laku masakan hang. haha.

Dah lah! Sorry melalut..nah ni dia cara shortcut tapi in sha Allah menjadi untuk masak spaghetti bolognese versi kampung anak dara style. Komersial gak nama aku bagi tu. Wikiki. Ceritanya aritu aku malas nak masak nasi berlauk. So aku buat la spaghetti ni. Orite la tu untuk makan tengahari.

Oh ye, takde gambar yang aku buat, sebab time tu aku cuti kat Malaysia. Sekarang aku tengah kat Indonesia. Kat Indonesia ni memang tak la nak buat spaghetti sebab sakit hati je barang kat rumah sewa banyak takde. Lagipun, aku nak jimat duit, makan nasi bungkus lalapan (yakni ayam/telur and nasi kosong, ada sayur 2 helai kering/ and sambal) je tepi jalan. 8000 rupiah.

1) Spaghetti

Bahan asas:        
-Periuk yang boleh menampung
-Spaghetti (agak-agak la cukup untuk bilangan family masing-masing)
-Seasoning: Yakni garam
-Minyak
-Sudu/Senduk/Paling best tongs

Ok nak kabo kat kome jenis spaghetti ni.

Ni namanya 'angel hair' pasta. Pasta dia halus-halus lagi kurus-kurus.

Ni yang standard la kot. Lebih gemuk and tebal.


 Personally, dari kedua-dua jenis ni yang aku da pernah masak, aku dapati spaghetti biasa tu lagi best la dari 'angel hair'. Sebab bila da masak, aku tengok seperti tiada bezanya dengan mi maggi cuma ia tidaklah sekeriting maggi. Buat rebonding agaknya, nama pun angel hair. Pastu bila makan pun rasa tak puas halus bebeno.

Now, cara masak spaghetti. Ada orang dia rebus terus je spaghetti+air+minyak. Tapi, saya ingin mengemukakan cara lain. Aku ni cukup gemar la menonton video masak and share resepi facebook haha..and aku ada tengok si Gordon Ramsay masak spaghetti. Aku suka cara dia, ye la orang pro kan.

So, what you want to do is to take your huge pot (i'm assuming you have washed it first) and put just enough water to immerse the spaghetti strands. Tapi hang jangan dok bubuh spaghetti dulu. Ko pasang api and masukkan minyak 1 sudu lalu rebus air tu. Minyak is essential untuk tak nak spaghetti melekat nanti. Rebus la sampai air dia bukan setakat mendidih je, sampai keluar macam 'ombak??'/ that ganas stream of water, Aku tak tau la nak describe camner.

Lebih kurang camni la. Tak reti nak describe

Ha, mengikut Gordon Ramsay, kunci dia is that ombak tu. Bila dah muncul benda tu, ko masukkan la spaghetti dalam susunan terbukak kembang cam kipas. Pastu agak-agak bahagian bawah dah lembut sikit, rendam pulak bahagian atas spaghetti yang tak masuk air tadi. Biar diorang boil lagi. Masukkan sikit garam. Agak-agak masa untuk bring back spaghetti ke surface/bahagian atas air sometimes.
Then, bila da ready-ko da transfer ke appropriate bekas- its time for seasoning. Si Gordon tu ada banyak bahan seasoning dia. Tapi memadai la kita dari dapur melayu letak la lagi sekali sedikit minyak+ garam sedikit (jangan banyak sangat) ke dalam spaghetti. Campur rata kat mi spaghetti tu.

2) Time for kuah  spaghetti.

- 1/2 tin puri tomato jenama apa pun lah. berhemat la zaman GST ni
-sos tomato (adjust ikut citarasa sendiri)
-susu cair segelas
-air
- 1 1/2 bawang besar -potong dadu
- 1 labu bawang putih -potong dadu
-1 biji tomato (optional) -potong dadu
-1/2  biji capsicum@lada benggala (optional)-potong dadu. jangan banyak sgt capsicum ni sebab nanti tak sedap
- daging kisar jenama apa pun, tapi hari tu aku tak jumpa dalam peti ais mak aku letak kat mana, aku pakai daging biasa je, aku potong dadu kecik-kecik (gila). Takde daging, sosej ke ayam pun boley.

Aku suka la pakai tomato puree yang ni. Sebab utama nya MURAH tapi sedap. Tanya family aku, aku ni memang terkenal dengan kedekut bab berbelanja ni. Sebab tu aku memusuhi GST haha.
Bagi aku sos tomato jenama Maggi paling best. Pastu life, pastu kimball, adabi pun best jugak lah.

Cara-cara:

1- Pakai je periuk rebus spaghetti tadi. basuh dulu la. Pastu ko bubuh minyak sikit and tumis bahan yang dipotong dadu which are bawang besar, bawang putih, capsicum (kalau ada), tomato(kalau ada), daging. Tumis sampai naik bau and daging dah ada tukar warna kecoklatan.

2- Bila daging dah tukar warna (api jaga), bau bahan tumis dah naik semua, ko masukkan 1/2 tin tomato puree, sos tomato (aku tonggeng dalam 5-6 kali. agak-agak lah), letak air and kacau semua bahan.

3- Dalam sepuluh minit gitu, masukkan pulak susu cair segelas.Sebenarnya aku amik krimer manis tu aku bancuh ngan ayo. Ok gak. Kacau lagi. Proses kacau ni memang lama sikit sebab nak pekatkan kuah.

4- Kacau la sampai kuah pekat. Rasa la sikit camne kuah tu. Adjust mengikut kata hati masing-masing kalau kureng mana-mana. Dah pekat, angkat and hidangkan taraaaa dah siap.

Selamat kau dah ada makanan terhidang. Sekali sekala malas nak siang ayam, masak lauk bagai, buat je spaghetti. Nak rajin lagi, pi parut cheese.

Gitu lah. Aku ni tak terer mana tapi cukup suka lah upgrade pengetahuan masak aku. Setiap kali aku balik Malaysia untuk cuti aku akan masak sebab mak aku pegi keja. Zaman GST ni tak lalu lah nak pi beli lauk setiap hari. Tapi haritu aku malas, aku pakai duit BRIM beli ayamas. Hahaha.


Friday 18 March 2016

Review Gunung Bromo, Jawa Timur



Salam semua. 
Mohon jangan berasa jemu aku kerap sangat update blog ni. Blog baru memang camni la perangai dia. Sikit-sikit tengok traffic hihi. Kebetulan exam aku baru habis and aku ada cuti seminggu sebelum exam seterusnya- baik aku tulis blog ni dari melabur kat bank tahi mata dan air liur basi. 

Ok lah, cerita pasal gunung Bromo yang agak famous ni. Banyak juga lah kawan-kawan sering bertanyakan pasal gunung bromo kat aku. macam la Jawa Timur ni takde tempat menarik lain, ye tak? Aku ni da 4 tahun duduk Indonesia dan percayalah Indonesia ni berlambak daya tarikan dia- truly is a beautiful country. Nah, belanja sikit gambar Bromo. 

Ni kawah gunung Bromo. Ko boleh tangkap setelah bersusah payah mendaki ke atas.
Gambar ni aku tangkap sendiri, kebetulan masih ada lagi kepulan asap dia.
Ada pagar yang halang ko dari terjatuh no worries. 

Ko akan mendaki atas permukaan macam ni. Start dari hujung sana nun..yes yang kecik-kecik color putih tu orang. Haha..jauh weh..semangat kan diri anda

Aku tau gambar yang lebih menarik dan high class boleh didownload dari Google. Gambar kat atas ni pun aku amik dengan handphone Nokia C3 je weh. Time first year (2012) aku datang bumi Indonesia ni. Tapi gambar dari sudut pandangan aku mana sama dengan gambar komersial kan, hahah...

Gunung Bromo ni terletak di Jawa Timur. Memandangkan aku tinggal di Malang, Jawa Timur- so boleh la aku gerak direct dari rumah je tak yah nak transit mana-mana. Aku dan beberapa orang rakan naik jeep yang jemput kat rumah pukul 12 malam gitu la. Aku tak ingatla, yang penting malam gila la. Harapannya nak tengok sunrise di Gunung Bromo. 

Sewa jeep ni beserta pemandu dan dibawa ke beberapa tempat lain lagi selain di Gunung Bromo macam bukit teletubbies, savana, air terjun dan penanjakan (what??). Aku ni disebabkan menulis entry ni dari memori 4 tahun lalu-jadinya aku tak ingat la penanjakan tu yang mana. Time aku tulis ni pun dengan penuh keraguan yang mana doe. Hari tu banyak tempat aku redah. Yang penting aku dah pergi la, tak de nye aku nak tipu kome, hahah..(apa pekdahnye pun?)

Meminjam perkataan orang Indonesia iaitu POKOKNYA hang kena pandai cari pakej la yang menawarkan tempat-tempat tu, perkhidmatan yang bagus and harga yang berbaloi. Btw aritu aku pi dia kasi breakfast simple which is roti and cheese. So makan breakfast ramai-ramai kat area orang jual-jual berviewkan gunung which was so nice. 
Last aku tanya, harga sekitar 1 juta rupiah. So kalau pergi berenam ke berlima ke bayar murah la per orang. 

Do the math..tapi rate Ringgit-Rupiah tak tetap.
Tapi sekitar ni lah. Sila rajin-rajin check rate.

Bab pakaian, usually pakai baju tebal kat luar. Dalam pakai baju biasa sudahla sebab sebenarnya nanti dah habis pegi gunung bromo dia bawak ko kat tempat lain tak de sejuk mana pun nanti buat berpeluh je. Tambahan lagi, pegi malam buta usually balik petang gitu. Mahu kau berpeluh dan berpanas dalam jeep? Kasihan rakan-rakan se-jeep nanti. Kalau bau diorang lagi hebat, haha takpe... :P 

Perjalanan ke bromo tu agak berliku-liku so bagi yang tak tahan sila la bawa ubat yang bersesuaian. Pasal makanan ka air ke dont worry dengan mudahnya boleh didapati. Actually, scarves and gloves pun ada dijual kat situ. Tapi aku tak pakai pun, sebab bagi aku tak de la sejuk mana. Itu aku la, badan aku ni daya ketahanan dia lain sikit dari orang lain. Orang kata sejuk gila, aku termangu-mangu sebab ye ke sejuk?? Member lain ada yang beli ada yang tak. 

Setibanya jeep di area parking+tempat berjualan - ko akan berjalan kaki seketika untuk sampai ke area kaki gunung. Untuk pendakian either boleh pakai kudrat sendiri or ada kuda disediakan. Time tu aku pakai tenaga sendiri, barula feel. Bawak je la torchlight buat kemudahan sendiri. Tapi akan ada orang ramai mendaki so berpandukan diorang pun takpe. Jalan dia berpasir gitu, tak rata. So sila la pakai kasut yang sesuai. Disebabkan ada yang naik kuda, maka banyak la tahi bergelimpangan tesebar di kiri kanan jalan anda. Oh ye, kalau hang nak naik kuda usually kalau amik yang kat mula-mula kaki gunung tu biasa dia bagi harga mahal sikit. Kalau boleh, pakai la tenaga sendiri dulu bila dah sampai atas sikit dah tak larat baru amik kuda sebab all the way up tu memang banyak la akan ada orang offer kuda. 

Macam yang ko boleh tengok, ada yang berkuda ada yang berjalan kaki. Oops tertangkap gambar sampah. Jalan dia tak sempit sebenarnya. Ko boleh je pilih laluan sendiri yang selamat lah.Jangan pandai-pandai gi tempat lain orang tak pernah jejak pulak. Last-last akan ke tempat starting tadi. Amik la nombor driver jeep dan nombor plat jeep supaya tak konpius nanti.

Seriously speaking, memang banyak kudrat dan daya ketahanan diperah untuk pendakian ni. Kalau pi dengan member bagila kata semangat kat sape yang ala-ala nak give up tu. Last time aku tak larat doe aku suruh member aku pi dulu lah and aku rest jap sambil berborak dengan sekumpulan photographer mana tah. Bila da kuat sikit aku pun teruskan pendakian. Sebenarnya tak penting pun lah nak nampak sunrise tu. Yang penting dah rasa sampai ke kawah gunung bromo. 

Nak sampai ke kawah tu ada tangga batu agak tinggi. Tapi disebabkan orang ramai time aku pergi and ada yang tak larat, ada yang nak muntah la, ada orang nangis, couple bajet titanic 'u jump,i jump' so biasa la ko akan terberhenti seketika and terpaksa mencelah kiri or kanan untuk sampai atas. Da sampai atas bole la tengok kawah and bergambar dengan puasnya. 

Me and my friend, Wani. Haha jangan kecam comotnya time first year belajar sini. Nak mendaki pun. Time ni badan melakukan proses pelebaran and aku rasa untuk keselamatan dunia akhirat baik aku bubuh sticker kat situ. Alhamdulillah sekarang aku da kurus balik kekekeke.

Jeep. Ni kat bukit teletubbies aku rasa. 

Ni bila aku dah turun dari menyaksikan kawah. Nampak tak tangga batu kat belakang tu? Ha....boleh la bayangkan macam mana pendakian tu nanti. Aku tak de la naik kuda ni sebab kesian. Tapi sebab dia cantik ajak Encik Kuda bergambar sekali. Also, kalau korang ada nak menjejakkan kaki ke Bromo, janganla buang sampah rata-rata. Jaga bumi Tuhan bro. :')

Ok, ni obviously gambar Google. Sebab aku punya sendiri dah dibuang. Ni namanya bunga abadi bromo. Korang boleh beli kat bapak-bapak or ibu-ibu yang jual di sepanjang pendakian tu.  Beli je lah kesian kat diorang. Harga bergantung gubahan. Aku beli macam kat atas ni. Harga dalam 10ribu rupiah. Tapi ye la sebab dia 'abadi' sangat dia tak reput-reput aku pun malas la nak peduli kat dia. Tau-tau bila pasu aku bubuh dia terjatuh and pecah aku buang la mereka sekali. 


Ni sebenarnya yang second time aku pegi. Kitorang naik atas bumbung jeep.
Gila tak thrill??? Nak terjatuh jatuh pun ada. HAHAHAHA


Sepanjang 4 tahun duduk kat Indonesia ni, adalah dalam dua kali aku pi Bromo. Sesungguhnya, kalau boleh dielakkan aku tak nak pi sana lagi. Too many times kinda makes the thrill wears off. Aku nak kumpul duit pi tempat lain la pulak, In sha Allah. 

Apa yang aku belajar dari pergi Bromo ni, semestinya kuasa Allah cipta alam. And muhasabah diri tengok kawah gila tak teringat api neraka. And semasa pendakian, dengan semput sebab oxygen debt bagai, ko akan rasa kerdil dan sedar sesungguhnya kita sangat memerlukan Allah untuk sampai ke atas. Kalau diaplikasikan dalam hidup, kita ni perlukan Dia dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, untuk mencapai puncak, apa yang kita nak dalam hidup ni? Mestinya tak mati sia-sia as orang yang tak berbudi dan tak ingat Tuhan. Also, aku menghargai kebaikan, keramahan para pendaki dari bermacam latar belakang. Ada yang menghulurkan bantuan dan kata semangat kat orang yang dia tak kenal pun. Masing-masing nak sampai atas. Gitu. And jangan lupa bahawa manusia ni jangan sombong. Kita mungkin dicipta as makhluk berakal, tapi jangan pandang hina rakyat haiwan kita, pokok and batu semua. Kesian kudaaa. 

Ok tu je. Semoga bermanfaat. 



Of Mayat and Darah

Salam semua, tajuk maybe cliche tapi percaya la tak cliche langsung.

Cakap belajar medic mesti ada  dua topik famous orang tanya: dah pegang mayat ke, dah cucuk orang ke?

Hahaha.....lepas tu diorang tanya MARA ke JPA? pastu aku pun jawab bukan, PAMA la. pastu mereka pun diam, aku pun diam, tapi dalam hati aku da bermonolog:

"apa yang belajar medic tu mestikah either MARA or JPA?"

Zaman sekarang, kena keluar dari tabiat mengharapkan kerajaan yang pasang surut kalah laut kat pantai. Sedarlah nak oi, create your own path, sediakan platform sendiri kalau platform yang ditawarkan orang lain makin berkabus, dah tak nampak berlantai rata kah atau berlekuk-lekuk atau adakah lantai T.Pinkie? (Haha A.Samad Said reference di situ..sapa pernah baca?) But sape yang dapat biasiswa/ pinjaman tu memang tahniah diucapkan, i know u worked hard for it. Apa pun, yang menentukan adalah level of competence semasa di hospital nanti,

Ok, 1) Mayat:

First year kat Indonesia (Universitas Brawijaya) pegang tulang2 je, lepas tu kau bermain dengan lapisan otot, kulit, organ-organ dari sekujur tubuh manusia. Tapi, entah la sebab mayat dah terlalu lama sampai warna coklat perlahan (tolong...ada orang lain lagi tak yang sebut warna tak berapa kuat as 'PERLAHAN'?? tell me im not alone) and dah berair dan banyak populasi fungus-fungus not to mention bau formalin yang maha dahsyat dan akan membuat mata dan hidung pedih tersangat-sangat sampai doktor ajar kat depan pun aku tak boleh nak fokus lama-lama. 10 minit pusing-pusing kat mayat, then lari keluar lab jap amik udara segar, FIUHHHH masuk balik dalam lab-keluar lagi-masuk lagi.....and it goes on. 

Tapi, kena belajar sampai dapat. sebab ujian anatomy akan keluar mayat-mayat tu nanti. Kena hormat kat mayat gak, dahulu diorang kan manusia jugak. Usually, mayat/cadaver yang dipakai buat belajar kat sini adalah mayat orang tua. Yes, masih nampak rambut putih, mimik muka yang penuh kedutan, and sometimes gigi yang kian mereput.

They were stripped not only to their naked forms, sampai ke dalam organ semua. Dilapah, dibelah dan dipotong..demi nak dapatkan ilmu untuk digunakan kepada next manusia yang masih hidup..dah meninggal pun still menyumbangkan budi. Itu diorang, bila kita mati nanti? :') 

Aku pegang mayat dan seisi daging, urat, saraf dan organ ni memang pakai glove lah. Kalau bau formalin menusuk sangat, aku pakai masker hijau tu. Tapi student Indonesia kat sini haha awesome dia, pegang pakai tangan je. Pastu ada hati nak pinjam pen aku. Pastu aku pun bagi terus je la pen tu, memang tak ambik balik la pen tu. Kekeke...


HAHA...secoklat ni lah, tapi lagi hancur, lagi berair dan lagi tak jelas organ and struktur lain. Gambar ihsan Google sebab kat universiti aku dilarang amik gambar. Kadang-kadang aku amik je untuk aku belajar kat rumah tapi tak de la aku nak publish publicly. Melanggar etika pulak aku kena saman....

2) Darah:

Tadi mayat tak bernyawa, sekarang kita berurusan dengan manusia hidup pulak. Bezanya? Ini manusia berperasaan, dan mestinya merasakan SAKIT. So first time kami diajarkan phlebotomy or cucuk orang amik darah tu kami diminta berpasangan or bertiga boleh gak. So hang cucuk kawan hang, kawan hang cucuk hang balik. Azabedah??

Sakit memang..dah la first timer semua, berapa kali pembuluh darah dicucuk haha. So studying medicine do LITERALLY comes with pain. Hahaha.....lawak la aku ingat balik time tu.

Aku first cuba kat housemate perempuan aku. Tak berapa dapat, dia pun tak dapat. Balik rumah aku da rasa what a failure weyhhh. Tapi lepas tu, ada class lain yang memerlukan phlebotomy untuk belajar sampel darah. Kali ni alhamdulillah aku dapat amik darah hahahaha. Teknik dia comel je, ko pegang lembut jarum halakan ke pembuluh darah tu. Best kalau jenis yang sado berotot tu, mau tak terkeluar urat dia?

Phlebotomy ni keluar exam OSCE or exam skill. Tapi takkan nak amik manusia betul dijadikan mangsa student-student kan haha? So usually mereka gunakan mannequin, siap ada darah tipu lagi. Memang betul, medicine is art. Banyak alat bantu mengajar yang kreatif-kreatif supaya ilmu tu sampai kat student.

Lebih kurang camni la mannequin tu. So doktor akan uji kemampuan amik darah kat patung ni. 








         

Thursday 17 March 2016

Studying Medicine in Indonesia

its my feet and my trolley bag- both so reluctant to go back to life as med student :-(

 Alloooo,

           Belajar medic- sepertinya adalah sesuatu yang 'grand' untuk dijadikan pilihan. Sering kali mulut mak ngah-mak ngah dan mak long- mak long membentuk bentuk huruf 'O' yang sempurna setiap kali menanyakan " Anak kau belajar apa, Tijah/Leman/sila masukkan nama mak pak hang?" kepada ibubapa anda. Dapatla ibubapa kita modal untuk dijadikan update terkini setiap kali bersua muka dengan sedara kaki sibuk kat kampung. Yang kita pun terhongeh-hongeh membawakan watak 'anak dapat belajar perubatan' dengan jayanya.

         Hakikatnya, adakah begitu? Kita semua tau nak dapat belajar medic kat Malaysia adalah teramat susah- betul lah kata orang hanya golongan creme of the creme yang layak dapat offer belajar medic. Tapi deretan A pada keputusan SPM bukan lagi menjadi tiket masuk yang pasti nak dapat belajar medic, but of course mencerahkan peluang anda- there's no denial in that. Kalau jenis rajin selak suratkhabar/baca news online akan tau la kuota belajar medic ni dah pun dikurangkan oleh kerajaan kita yang terrrsayang. :)

          Sebab tu nak habaq option B: Apabila ekonomi anda mengizinkan, carila agent yg memang kerja dia membuka peluang untuk yang nak belajar medic, tapi susah nak dapat kat Malaysia. Seperti saya.

             Agen: MedicProlink
             Universiti: Uni Brawijaya, Malang, Jawa Timur, Indonesia
           
            Aku tau, ada yang berpendapat student swasta medic ni jenis yang ada duit, bayar je dapatla dia belajar perubatan. Ada jugak yang meragukan kualiti dan tahap kecerdasan student begini dibandingkan dengan mereka yang dapat offer belajar kat uni tempatan. Almaklumla, bukan straight A / 4flat pun yang datang sini.

            Kenapa aku tak belajar kat U swasta tempatan je? Sebab 10 keturunan pun tak habis nak bayar yuran perubatan tu nanti. Apa aku sanggup tengok mak,pak, adik-adik aku makan pasir?So, Indonesia was the better option for me back then.
           
             Tapi, untuk dapat masuk Uni kat Indonesia ni bukan senang cerita dia. Ada ujian kemasukan yang mencabar tahap penguasaan anda dalam core subjects; Addmath, Bio, Fizik, Chemistry + Bahasa Indonesia pun ada...haha. And NO, kita bukan cakap pasal silibus Malaysia lagi dah, ujian kemasukan tu soalan dia merangkumi silibus Indonesia- which frankly speaking my dear, adalah susah 4 kali ganda dari kita punya. Sorry to say tapi sebenarnya budak2 Indonesia ni belajar lagi dalam dan lagi banyak dari kita. Kira kita punya silibus ni tahap manja2 gitu.

               From my agent, dikasi buku-buku teks dan latihan berdasarkan silibus Indonesia, and yeah ak menangis dan berhingus belajar dan buat soalan-soalan tu. Ada dekat 1 bulan persiapan aku. Sebab waktu tu, keputusan matrikulasi aku tak menghampiri 4 flat mahupun 3.7 ke atas so what are the odds kan? And my mak and pak da nampak aku down sangat-sangat sebab aku rasa macam masa depan aku ni tak best sebab result matrik aku. SPM aku 9A tapi matrik kinda messed up the whole stuff. Dari sekolah rendah aku memang teingin nak jadi doktor, kiranya impian hancur la time tu. My parents yang mulia and terbaik pun menyelamatkan aku. So for me, its a MUST untuk lulus ujian kemasukan tu.

               So dari sini, kesimpulan yang kita boleh buat: either student medic universiti empatan or swasta tempatan/ luar negara melalui jalan yang MENCABAR. Masing-masing melalui jalan yang susah, fighting with blood, sweat and tears utk belajar medic.

              Jumlah A pada SPM or 4flat tak menjamin anda jadi student medic yang excellent. For me, its more to attitude, minat dan hubungan dengan Tuhan. Hati kena kuaattttt. Minda kena ligat untuk belajar sebanyak-banyak nya. Yang dulu pandai dapat no 1 kat sekolah kalau malas nak keep up dengan medicine- ke jamban jugak akhirnya.

Gitulah...dah 4 tahun aku kat sini. Semoga Allah s.w.t memudahkan segalanya. Semoga aku dapat jadi doktor yang sebetul-betulnya doktor. Semoga segala pengorbanan mak,pak,adik-adik aku berbalas.

Person of Words

I never get all the hype about labelling oneself as either extrovert or introvert. Apparently, a mixture of both extrovert and introvert personalities is known as the 'omnivert'. Great, all the more reasons to try all those self-acclaiming to be accurate online quizzes. Because, why not let the internet tells you who you are? I have actually seen a girl sulked because an online quiz told her, she is an introvert. As if, being introvert is the new Black Plague or something.

So I googled 'introvert' and 'extrovert':

                     Introvert: a shy, reticent person
                     Extrovert: an outgoing, overtly expressive persons.

I think I associate to the meaning of extrovert more. I do have this pathological need to express myself so, so much and if I'm not smitten with dark thoughts- I am that loud, jovial, annoying person who never runs out of things to say, to the extend that I need to get a control of myself and to shut up already. I get myself charged from socializing with people. 
As you can see, I am a person of words- be it verbal or written. And this blog, I hope to fill it with words so expressive that they can walk me over back to the many times of my life, that I might forget sometimes.