Wednesday 10 August 2016

New Life as Dokter Muda/KoAss

Assalamualaikum..kat sapa yang baca.
Aku tau ni blog ni sumer syok sendiri je.. but kadang-kadang after beberapa bulan aku bukak balik, eh eh..boleh tahan gak bilangan orang yang baca..hahaha

Masuk terus story lah. Sebab aku nak merepek cam dulu panjang-panjang aku dah takde masa se-free dulu, riang ria di kampus. Esok ada presentation forensik lagi ni ha. ha ha apa yang aku buat buang masa...tapi?

Dokter Muda is what they called internship kat Indonesia. Because you are young, you are a noobie gila punya freshie but you got first hand experience deal ngan patients. Which is something lacking kat Malaysia kan. haha...cool doe Indonesia ni. Semua rileks and chill je.

Menjadi seorang Dokter Muda or DM (sila sebut as De-Em, sesuai dengan sebutan alphabet Indonesia) or Koass (as in co-assistant i suppose) is actually a huge deal bro. Ini dah masuk fasa baru, no more kesat hingus you kat baju or ajak kawan main teng teng di bawah pokok yang rendang. Haha...mana ada student uni lagu tu.
NO-what i mean is, its time to grow UP.

Nak jadi DM ni pun bapak susah la wei. First, ko kena clearkan segala subjek dari first year sampai fourth year, lulus dan siap thesis, daftar dengan segala borang jadah bagai, and the main highlight: PANUM.,,here is where the horror begins beb.

Panum stands for Kepanitian Umum, (jangan tanya aku maksud nye aku pun tak paham why oh why)..So basically, panum ni adalah kelas di mana segala tok nenek skills and ilmu selama ko belajar di alam kampus akan diuji seperti OSCE cuma tahap dia gaban la. Panum ni berjalan selama sebulan and students dibahagi menjadi kumpulan-kumpulan kecik.

Doktor memang la ajar balik, tapi with expectation yang ko da tau. So ada je kes doktor touch and go je time skill. Masa ni la nak berguru dengan budak-budak Indonesia yang super pinter (aku bukan typo..memang diorg sebut pintar as pinter haha)and tak lokek ilmu. Ko tanya baik-baik konpem deme nak ajar :) baik an....

Masa PANUM ni, belajar gila babeng, tak tido, g rumah member jauh-jauh belajar, lepak MekDi haha nak belajar. Stay back class sebab nak practice practice practice skill tu. Ilmu teori boleh topup tapi skill tak semua alatan kita ada. Gunting menjahit dah berapa an, belum alat infuse set agi. So panum ni menguji kekreatifan kita untuk mencari jalan untuk dapatkan ilmu tu. Masa ni aku usaha gilaa siap mintak doktor ajar private kat aku cara kira tetes infus.
Semua nak lulus, semua nak maju ke next level. Mestilah, takut woo kita da masuk alam serius tapi lambat laun kena let go jugak segala main-main ni. Sampai bila aku nak jadi budak kecik an..

Exam PANUM ni macam OSCE tapi tahap kepedasan dia 9 cabai, hahaha.
Ada 10 stesyen, masing masing dengan soalan killer sendiri and ko kena baca scenario dia yang ditampal kat dinding and then lakukan tindakan yang sesuai. If pasang infus, pasang la. If pemeriksaan posisi janin kat perut ibu, buat la. Pakai patung la tapi takkan orang betul pulak an. \
All I can say is, PANUM sucks big time. Segala anxiety, panic attack, insomnia and depression semua boleh la muncul time ni.

Hari exam siryes tak berapa berjalan lancar. Aku konfiden 5 out of 10 stesyen. lagi 4 tu 50-50 la, and satu memang out jadah-which is Infuse!! Hari tu rasa nak nangis tapi ko still traumatized shock haha, ayo mata tak keluar, instead aku just eat my heart out from the inside sebab im totally doomed.

Kami semua ingat masing-masing tak lulus. Balik terus topup tidur, otak dah cannot brain anything. Masalahnya kalau tak lulus kena bayar yuran doe for nothing...rm8000 terbuang gitu je. Buat hantaran aku lagi baik..eh eh.

Tapi,,,,,,alhamdulillah LULUS!!! Allah bagi aku dapat B+ lagi which is beyond my ability kot. oh ye, markah terendah yang ko kena dapat adalah B, highest A la kan. Semuanya totally ihsan Allah la bagi aku lulus. Maybe berkat doa mak pak aku.
So one nightmare is over. Aku tak sangkut belajar. Alhamdulillah Allah, sampai hari ni aku terkenang sebab kalo ikutkan memang aku tak layak la nak lulus. Exam aritu cam taik je kot.

And my first lab is Forensik. Sistem dia ko akan dapat jadual rotate which lab is next selama setahun 8 bulan as Koass ni. Aku time tu tak kisah dah doe. Aku lulus....mana-mana lab pun tak pe la sebab alhamdulillah aku lulus. Ni la apa yang aku nak, dah hampir jadi kenyataan.

Tapi ternyata, manusia itu mudah lupa. Sambil aku tulis ni sambil aku mengutuk diri sendiri. Bangangnye ak sia-siakan nikmat dah lulus tu. Bukan apa, forensik tu ko tunggu jenazah and check jenazah. Entah accident, hanyut, kena bunuh, macam-macam la. So, lab nye agak rileks tak kalut bukan macam Internal Medicine. So aku ni bungok dah rileks balik. Study je tapi tu la, rileks balik.

Bagi aku, dah jadi DM ni, as a Malaysian yang dekat Indonesia, cuba la berbaik dengan orang local. Memang awkward doe, tapi kena bercampur,

Omg, ak ngantuk tetiba. Hm, esok present lagi.