Saturday 20 May 2017

Di Sebalik Pintu Emergency Room

Kenapa eh nak jadi doktor? Ini adalah soalan yang aku dah jawab berjuta kali. Dan berjuta kali juga jawapan aku mesti tak sama...
Aku sejujurnya tak boleh nak bagi jawapan professional macam 'Nak menyahut wawasan 2020 untuk mencapai nisbah 100 orang penduduk Malaysia untuk 1 doktor' or jawapan cliche macam 'nak tolong orang'. What the heck, it always sound pretty dumb to my ears. Kalau nak tolong orang, jadi cikgu or hakim di mahkamah pun boleh tolong orang. Tapi yang paling aku tak boleh is bagi jawapan menipu..'SEBAB SAYA MINAT MEDIC/Because I love medicine'...its golden lie if i said it.

Truth is, I had not the slightest idea what the hell did I signed up for..masa daftar kat medical school. Heck, does anyone? I didnt know yang bila-bila masa je tempoh masa belajar 5 1/2 tahun dalam surat tawaran tu boleh berubah and dipanjangkan. Aku tak pernah tahu yang course medic ni main sistem hierarchy jugak. Aku tak pernah tau yang rupanya masyarakat awam ni boleh tahan jugak cekadak susah nak bagi dia percaya kat kita. Aku tak pernah tahu yang hakikatnya, doctor ni sebenarnya dah takde job security la. Zaman dulu ye la, ko masuk sekolah perubatan keluar konpem dapat kerja.
Yang aku tau, medic memang susah. Takde klu camne nak survive, yang aku tau aku kena survive.

2017- dah menandakan genap 5 tahun lebih la aku kat bumi Indonesia ni. Dalam tempoh yang bapak lama tu, cukup banyak juta kali jugak la aku diajukan soalan bertuah cepumas tu. Jawapan aku mesti lain-lain. Kalau takde mood nak jawab, or orang yang aku tak kenal sangat aku just jawab jawapan selamat iaitu- a polite smile and a change of topic.
Because, dear God , im still in the process of finding that out too,by myself.

Kenapa woy kenapa nak jadi doktor?

Because where else in this whole wide planet, that the lessons of life were so well taught? Kat hospital lah manusia berada dalam bentuk sebenar dia. We were all stripped naked of our many layers of ego, status and whoever we were. Because di sebalik pintu hospital, you are helpless. You are a player in the game of life, and you are bounded to play by the rules of God. Nak tengok life in its most brutal pure form? Mai datang hospital.

Meh sini aku nak cerita di sebalik pintu Emergency Room. Mungkin pengalaman aku ni lain la dari yang kat Malaysia, but the thing about lessons of life is..the elements can be applied wherever you go.


Tangkal vs Doa
Aku teringat pengalaman di lab Pediatrics. Hari tu aku bertugas kat ER (Emergency Room). Ada patient around 9 or 10 years old datang dalam keadaan tak sedar. She was rolled in on a strectcher, mad fast by Team Triage. Diagnosis dia apa aku lupa dah. Tapi si budak ni dah ditangani dengan baik dari red zone, dan dapat dipindahkan ke yellow zone. Tapi si budak ni around 5.30 pm start parah balik. Maka bermula la episod aku kena bagging budak tu dengan segala kudrat aku yang belum makan and solat, untuk bagging dia sampai pukul 7 malam sebab itu time aku ganti shift dengan team berikutnya,
Dalam kekalutan semua doctors, nurses and us medical students..budak tu memang tak respon langsung. Saturation oxygen 94% mungkin sebab aku bagging. Otot-otot dia memang da lembik habis, tak de tonicity langsung-Not Good. Takde tanda pernafasan spontan. Takde tanda sirkulasi bagus, kaki dia sejuk habis. Parents dia da mundar mandir da naik katil da nak bisik kata2 semangat and bacaan ayat suci kat telinga anak dia.
Ayah dia dengan penuh tangisan air mata, usap rambut anak dia sambil panggil-panggil nama anak dia suruh datang balik..mintak dia bangun. Kalau tak salah nama dia Putri kot..ak sumpah tak ingat. Yang mak dia, muka macam dalam denying state. Tak percaya anak dia yang tadi pagi kat rumah elok je sekarang tengah terbaring atas katil hospital tu, baju tidur yang dia pakai dari rumah da kena gunting sampai bawah untuk memudahkan pemasangan chest lead and other medical actions necessary.
Tak lama lepas tu, doktor Anak panggil doktor dari Neurology Department untuk mengesahkan budak ni..you know..masih dengan kita ke tak. Aku perhatikan je la, si doktor Neuro ni buat macam-macam test kat budak ni nak check reflex dia ada lagi tak. Suluh lampu kat mata dia untuk check reflex pupil...midriasis maximal kanan, kiri belum full. Again, not good. Tangan aku time ni tak yah cerita la penat dia macam mana. Tapi aku tak berhenti sebab..harapan keluarga dia..berat weyh.
Doktor Neuro tadi sambil tu sempat kepochi sambil menunjuk ke rantai hitam yang ada kat leher budak tu. Diorang cakap- 'Oh mungkin gara-gara ini'.
Amende doe? Aku dari tadi bagging budak tu, tak perasan pulak..ingat rantai biasa je. Rupanya tangkal. OMG.
Aku tak tau budak tu survive ke tak. Sebab jam 7.00 malam aku beralih tangan ke team lepas aku. Dia sambung bagging. And aku tak tanya, mungkin sebab a part of me macam dah guess she wouldnt make it. Tapi aku takkan lupa bapak and ibu budak tu. Bapak dia meleleh-leleh air mata merayu aku tau tak if ada rumah anak yatim mana-mana dia nak mintak diorang doakan anak dia. And mak dia, tanya-tanya ke aku anak dia macam mane. Dia still berharap anak dia selamat and sempat ikut ujian apa tah. Its weird to mention your child's exam when she's clearly battling a losing battle.
Apa yang ko dapat dari cerita aku?
Manusia tu lemah wey. Dari awal, cerita kita bukan kita karang. Dari bapak dia, kita nampak that in times of desperation, kita akan cuba macam-macam cara untuk cari penyelesaian or any consolations to soothe our hearts. And dari mak dia? Mak dia kaku sangat, muka tak basah dengan air mata pun, just kerutan kebimbangan sikit je kat muka dia. Tapi tak bermakna mak dia kurang merasakan kesedihan berbanding bapak dia. We can never truly know what goes in other peoples hearts or minds. Dia tak tunjuk, tapi dalam hati dia sapa tau dah hancur berapa juta keping? She still showed hope for her daughter.
Nampak tak? Patient pediatrics memang lagi pressure dari patient geriatrics. Diorang masih muda, masih penuh dengan harapan keluarga.

Detik Terakhir Si Bapak Tua
Bila kali pertama aku tengok orang meninggal depan mata aku?
Semestinya aku takkan lupa.
Hari tu aku bertugas 24 jam kalau tak salah di bahagian Ob&Gyn. Or ER bahagian sakit puan la or ibu-ibu yang kesulitan nak bersalin. ObGyn ni kalau takde patient melangut la lu kat luar pintu dia jadah tak buat apa selain menyemak macam kutu jalan.
Ditakdirkan Tuhan, haritu memang takde patient. Aku pun duduk la kat tempat yang memang disediakan oleh pihak hospital untuk menghargai penat lelah kami which is-LANTAI.
Aku terpandang kat satu bapak ni dek kelantangan suara dia..katil dia depan ObGyn. Dia sangat mengamuk-ngamuk tak tentu pasal. Anak dia cuba nak suap makanan and pasang selimut. Tapi dia tepis-tepis anak dia. Tapi anak dia dengan penuh kesabaran still layan bapak dia.
Serious weyh...diorang sikit pun tak hilang angin dengan dia. Bapak dia complained selimut dia tak best, si anak terus tanya nurses mana nak dapat selimut baru nak ganti.
Aku pandang masa tu dengan takde perasaan pun. Macam tengok something yang biasa.
Tak lama lepas tu aku da sibuk sendiri..sampai pukul 4 pagi maybe..aku tak ingat.
TERKEJUT-aku tengok para doktor and nurses and several medical student da kerumun katil bapak tu, ada yang naik katil and dengan gigih CPR bapak tu. Yang si anak-anak da muka cam nak nangis, ada yang mula teresak-esak sebab da macam bole agak bapak dia nak pergi.
Allah Maha Esa- bapak tu meninggal akhirnya. Anak-anak dia da meraung-raung mintak bapak dia balik la..jangan tinggalkan diorang..diorang nangis sampai baring kat lantai.
Sedih wey.
TAPI- cuba bayangkan kalau anak-anak dia tadi kurang ajar or tak layan bapak dia mintak apa. Kau rasa air mata diorang nanti air mata sedih or serba salah or terkilan? Tanggungjawab kita ke ibu bapa tu forever babe, berbudi ke diorang sampai diorg on their deathbeds. Aku personally belajar banyak dari kejadian ni. Aku bersyukur and kagum anak-anak dia sikit pun tak angin dengan bapak dia, because we never know when is someone last few seconds on Earth.
Cuba ko bayangkan if anak-anak dia macam harey jadah and kurang ajar or hilang marah kat bapak dia? Menyesal tak if rupanya tak lama lepas tu dia nak pergi selamanya..rupa-rupanya.
Sebab aku pernah nampak anak seorang patient kat red zone..suruh ganti pampers bapak dia..dia lari sambil tutup hidung..konon geli, pass2 kat kami suruh kami je lah yang buat. Aku rasa bapak dia dengar anak perempuan dia cakap ape, hancur wey hati mak bapak yang da cuci taik kau masa kecik sekarang ko bajet geli pulak. Allah tu Maha Berkuasa- ditakdirkan patient tu meninggal tak lama lepas tu.
Boleh ko bandingkan kedua-dua cerita ni? Apa yang ko dapat?

Ada banyak lagi...tapi aku mengantuk nak sambung. Hope anyone yang terbaca post aku yang panjang nak mampos ni, akan belajar sesuatu.
Welcome to the Hospital, where the best lessons of life are taught daily.







No comments:

Post a Comment

Really appreciate that you are commenting :)